Monday, 12 May 2014

Be Preoccupied in Salah !


So,I wanna share this beneficial tips with all of you.

Read and smile happily , okayyy !




I know most of us currently encounter this kind of problem , , ,

knowing that the body is performing prayer but the soul is not there.


I hope those steps can help us to oubliette everything that cause us to distract when having a several minutes special date with our own Creator.

Let's strive this battle , everybody!

goodluck for me and for you too!

(ง'̀-'́)ง

Tuesday, 6 May 2014

Interview for School of Nursing,UM :-D

Assalamualaikum w.b.t !
Yo yo whaddup semua!Cettt,tetiba berapper ni dah kenaperrr an...?Baiklah,tanpa mengeruhkan lagi keadaan penulisan blog ini,just lemme straight to the point kayyy!

Imma so happy when I got the invitation for UMMC nursing interview.Such a good news for me.Malam sebelum i.v ,tiba-tiba plak I got insomnia (padahal hari2 mata buat hal macam ni).
Haha,memang tak boleh tidur lah wa cakap lu.Jantung ni asyik berlagu "dugeun dugeun" je.Pukul 2.30 pagi baru terlelap.Yeahhh,one reasons why I don't actually like interview day.It helps to increase my adrenaline level...=_=

So hari ni,paksa jugak diri bangun pagi-pagi biarpun still hangover akibat insomnia semalam.Thanks to my alarm yang aku bagi nama "Bangunlah Cibai!" sebab tak berbunyi.Memang nak kena pelempang buaya betul!

Lepas dah bersiap semua,keluar dari rumah dan bergerak ke KTM Kepong.Kak Nora merajinkan dirinya drive kereta untuk menghantar I.Tapi takat kat stesen KTM Kepong je lah.Then,catch up train sorang-sorang ke KL Sentral.Aku dah 2 tahun tak naek KTM ni so berlakulah kejadian yang agak memalukan di stesen tersebut.
Aku telah blurrr macam mana nak berlepas dari gate yang perlu dilalui.Ingat kene masuk kad ke hape rupanya terus je jalan.Ok sangat memalukan you know sebab ramai giwler orang disekeliling membuatkan aku rase nak terjun je ke atas landasan dan tunggu sampai train datang langgar aku selepas berjaya melepaskan diri dari gate yang tak berfungsi itu(aku perasan gate tu takde lampu tapi memilih untuk membodowwwkan diri).


Macam biasa,pagi-pagi train memang penuh,sesak,nasik impit,tong sardin dan sewaktu dengannya.Heheh,merasalah jugak jadi rakyat marhaen hari ni(dah lama asyik terperap kat rumah jek).Then,aku bayangkan DS Najib serta DS Rosmah naek train dengan kitorang ni semua.Ok,kenapa harus ada statement ala-ala berbaur politik neyhhh...~

Sampai je kat KL Sentral,aku terus jalan dan berjalan mencari si Abang Long.Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab,Abang Long I menyanggupkan dirinya untuk jadi bodyguard I hari ni.HIHI,for free okay!Ko hadooo?*lempang*
Sepatutnya,Mony yang temankan aku tapi dia pergi Terengganu,temankan abang sayang beliau.A very wrong time for me...*nanges*

Then,me and my bodyguard(ececeh terus tukar abg long jd bodyguard) catch up LRT ke stesen Kerinchi pulak.Sampai-sampai je tengok bangunan Wisma R&D terpacak je sebelah stesen tu.Bangunan dia tinggi lah jugak tapi tak tinggi sangat.Sebelah dia Restoran Nabila.K,sejak bila aku bukak restoran pun aku tak tahu.*perasan*

Mula-mula masuk,terus pergi tick attendance.Lepastu,pergi ukur tinggi dan timbang berat.Time ni aku rasa macam nak mencarut je lepas ketinggian aku diukur.Ape pasal tinggi aku jadi berkurang?Menyirap darah aku wuit!Tapi,aku senyum je lahhh.Dalam hati istighfar bebanyak.Then,berat aku...asal macam bertambah pulakkk ni???Memang hell giler aku rasa.Malang betul jadi orang yang berat tulang ni(malu nak mengaku gemokkk sebenarnya)


Lepas dah siap semua tu,pergi pulak ambik ukuran saiz baju uniform.Dengan gangster,aku terus mintak kat senior yang jaga stok baju tu saiz XL.Ok,aku sedar diri aku gemok macam badak sumbu.Sekali pakai,tetiba aku rasa macam tenggelam je dalam baju tu.Ehhh,aku dah kurus ke?Omaigawddd!I can't believe it! *lempang*
Pastu senior tu cakap,dik besar sangat ni try M or L.Pastu aku terus mintak saiz L.Aku memang taknak sendat-sendat or ikut saiz sangat better pilih yang besar dan longgar.Senior tu cakap saiz L tu besar kat aku then aku pertahankan pendirian aku yang nak baju longgar dan labuh.Akhirnya beliau memahami walaupun sedikit pelik dengan budak ini yang perangai macam **censored!...~

Done with all of that,pergi naek tingkat atas untuk interview.Waktu ni lah rama-rama di dalam perut masing-masing mula memboyak.
Aku tak tau interview ni dijalankan macam mana sebenarnya.Tapi untuk tahun 2014 ni,interview dijalankan ke atas 6 orang sekaligus.Bukan sorang-sorang.Interviewer 2 orang.Aku dapat Bilik 2 dan aku dapat interviewer yang baik-baik(eleh,ko tak tau lagi yang bilik laen caner pulak).

Soalan yang diajukan pun okay-okay je.Tak susah pun.Ade jugak yang aku lupa jawapan untuk beberapa soalan then bila aku dengar interviewee laen jawab dulu,aku dah boleh ingat sikit-sikit dan goreng jawapan.Ini satu kelebihan group interview.Bayangkan kalau dirimu kena interview sorang-sorang then dirimu tertiberrr lupa.So,memang eden tak dapek nak tolong.

Yang interview ni aku bersyukur sangat sebab aku tak nervous sangat walaupun masa perkenalkan diri aku terdiam kat ayat ke berapa ntah.Biasalah,aku tak suka kenalkan diri kat orang.Demi interview je aku buat tau.Ecehhh je...*kisah pulak orang laen nak tau fakta ko ni,Bella*

Sedikit tips from meyhhh,just relax yourself.Jawab soalan yang diajukan dengan hati yang tenang,ikhlas dan jujur.Kalau rasa gelabah jugak,bayangkan yang i.v ni korang just tengah sesembang dengan kawan2 je.Selawat bebanyak.InsyaAllah,harap-harap boleh membantu ok!

Paling penting,dalam group interview jangan melebih-lebih dan bertindak seolah-olah anda ingin overshadow candidates yang laen.Sangatlah tidak bagus tindakan tersebut.Just bersederhana je sebab peluang tetap sama untuk korang semua jawab soalan yang diajukan.Tapi,kenalah bagi jawapan yang meyakinkan.No err , err , err taww!

Tamat sesi interview dan sebelum excited nak balik,submit salinan sijil dan anything yang berkaitan.Aku noticed sijil aku macam sikit je mase submit tadi(rasanya aku submit sijil SPM je kot.Ayok!).96-liner yang laen punyelah tebal diorang punya sijil.Hmmm...*risau*
And,I still risauuu.Tapi,orang cakap selalunya result interview majorly depends kat interview and from your exam result.Orang cakap tau,not me.*mungkin aku bukan orang kot.LOL*


Ape-apepun semua tu dah berlalu.Sekarang tinggal tawakkal lillahi . 
Sekarang ni aku depend 100% kat result i.v ppum ni untuk sambung course nursing.Memang rasa nak menangis je bila mengenangkan 2 tahun yang precious ni ditunggu untuk sambung belajar.Time2 menunggu tu just jadi maid.Maid ok!*tetiba sedih dengan takdir sendiri*TSK TSK.
Dan betul-betul menangis bila call mama then kena maki sebab my mum thought that I got i.v for other course instead of nursing...*propa je nangis*
So,aku terfikir apa yang aku bagitahu kat my mum selama ini umpama masuk telinga kiri,keluar telinga kanan ke atau aku memang tak bagitahu apa-apa?Dan secara tiba-tiba aku tertanya-tanya kenapa diri aku ni macam sengal giler...-__-

It's okay,I took it as challenge.No threat.

Rasanya aku paling tua kot dalam kalangan reramai tu tadi.Hey,adik-adik!You will got Kak Long a.k.a Kakak Kawasan nanti Insya-Allah.


Let's pray harder,my suppah duppah juniors!>__<

Monday, 7 April 2014

Ice Blended Milo Oat sesuka hati

Assalamualaikum W.B.T!
Siapa yang suka ice blended kat sini?Hmmm,mesti ramai gila yang tengah angkat tangan tewww.Dalam cuaca yang panas terik macam sekarang kalau kasi pekena ice-blended satu gelas besar memang masyuk giler kan?Tapi,selalunya kalau nak dapatkan i-b mesti kena keluar dari rumah dan yang paling tak best kena berjalan kaki ke kedai menjual ice-blended yang jauhnya beribu batu.Melampau ahh kan beribu batu.Senang cakap memang malas giler ahh nak keluar pergi beli i-b.Sekarang,jom aku ajar cara nak buat ice-blended sendiri.Cara ni memang senang giler dan yang paling best korang tak payah bising-bising kena beli blender bagai,ok!

First,korang memerlukan sebijik cawan plastik serta sudu.Kemudian,sepeket milo 3 in 1 atau milo serat atau ape-ape lah.Last sekali,tong oat dan air panas.

Mari kita mulakan!Bismillahirahmanirahim...

Mula-mula,bancuh Milo tu macam biasa.Taruk dalam cawan plastik,letak beberapa sudu oat ikut suka.Kalau nak sikit,letak sikit.Kalau nak banyak,isi banyak-banyak.Tapi,jangan banyak sangat.
Nak upgrade lagi,tambah serbuk nestum pun boleh.Then,tuang air panas.Kacau dengan sudu.
Kalau korang nak letak gula or susu manis pun boleh.Kasi hentam saja.

Ok,sekarang dah siap kan?Jangan korang terus minum pulak tau.Ingat niat asal tadi nak buat ice-blended!
So,letak cawan tu dalam peti sejuk beku selama lebih kurang 2-3 jam.Tak kisah lah berapa jam pun ikut suka hati,okay?Dah nama resepi pun Ice Blended Milo Oat sesuka hati.Tak payah susah-susah hati.

Bila dah rasa macam lama je tunggu ice blended korang untuk separa membeku,keluarkan dari peti sejuk.

Sedia dinikmati^^

(note:Pastikan milo oat tu separuh membeku.Jangan tak beku lagi atau beku sangat.Nanti korang rasa macam tak best pulak.)



Nanti i-b korang tuh akan jadi macam ni.Hmm,macam rupa ice-cream pun ade kan?
Okay,sekian saja untuk hari ini.Well said again,selamat mencuba!:-D

p/s:Ini adalah resepi sesuka hati dan sesedap rasa.No compromisation for any imperfect look or taste...*speaking sakan naa.LEMPANG*

Tuesday, 4 March 2014

Puding Roti Coklat Bijirin

Assalamualaikum W.B.T .
Lama tak jumpa!Hangpa semua sihat ka?Lepas hilang seketika dan muncul kembali,tiba-tiba terloghat utagha sekejap.Termacam alien lah pulak kan...~
So,right now aku malaslah nak trolling bebanyak sebab aku nak share satu resepi dengan korang semua.
Resepi ni takdelah secret or koleksi aku sangat pun,just tibai-tibai idea sendiri yang tak berapa nak bernas.
Dulu,aku pernah try buat kuih ni sekali.First trial~
Tak sangka lah pulak menjadi then last week aku balik kampung so aku ter'rajin'kan diri untuk buat kuih ni untuk mama and papa.
Dalam gambar nampak macam sedap je.Dah tu memang sedap pun.Jom cuba buat!Senang je...



Resepi Puding Roti Coklat Bijirin

Bahan-bahan:
Roti Wholemeal
Oat 
Serbuk Koko / Serbuk Milo
Gula Kastor
Susu Segar
Buttercup
Esen Vanilla

Cara Memasak:
    
1.Satukan 500 ml susu segar,one slice thin(approximately 2cm) buttercup,setengah cawan gula kastor,satu sudu makan esen vanilla.Panaskan untuk mencairkan buttercup.

2.Masukkan 2 cawan oat dan adunkan sebati.

3.Cairkan 3/4 cawan serbuk koko/serbuk milo(whatever as long as chocolate compound) bersama sedikit slice of buttercup serta 2 cawan gula kastor.


4.Ambil sekeping roti wholemeal,potong menjadi bentuk segitiga kemudian dicelupkan ke dalam adunan susu.


5.Seterusnya,ambil lagi sekeping roti,potong menjadi bentuk segitiga juga kemudian dicelupkan ke dalam adunan chocolate compound pula.


6.Lepas dah celup,keluarkan.Jangan campak merata pulak tau!Susun elok-elok dalam loyang/dulang pembakar.


7.Ulang langkah sampai roti habis dan susun dalam loyang pembakar sehingga penuh.


8.Panaskan oven seketika.Kemudian,bakar pada suhu 150 ⁰C selama 30 minit atau sehingga masak.

9.Dah masak,sejukkan dahulu kemudian baru dipotong.


10.Sedia untuk dinikmati!



Well,tak susah pun kan?

Tips:
  1. Buttercup boleh digantikan dengan telur atau marjerin.Tapi,aku lebih suka guna buttercup and prefer guna marjerin kalau buttercup tak ada.Senang,nanti tak payah gris loyang pembakar dah.
  2. Kalau rasa agak kurang manis atau terlebih manis,boleh modify penambahan serta penolakan kuantiti gula kastor ikut sesuka rasa anda.
  3. Jika tak ada susu segar or malas nak beli,boleh je guna susu cair,susu pekat manis atau susu tepung dan juga lain-lain.Pandai-pandai bancuh.Kalau guna susu pekat manis,pepandai kawal penggunaan gula.Kalau guna susu tepung,jangan taruk banyak-banyak serbuk susu tu nanti ada bau susu,tak lalu pulak korang nak makan kuih ni nanti.
  4. Kalau adunan susu terlalu cair,tambah oat.
  5. Nak lebih kreatif boleh tukar daripada guna serbuk koko or chocolate compound dengan menggunakan serbuk Milo,serbuk Kopi Susu,sebuk Horlicks dan sebagainya.Ikut sesuka rasa anda.Janji anda happy,wokehhh!

Friday, 21 February 2014

Buat Sendiri Biskut Famous Amos

Assalamualaikum W.B.T semua.

Hari ni,dapur rumah kitorang kecoh semacam.Al-maklumlah dapur tersebut jarang berjumpa dengan aku.Bila aku mula memasuki beliau je secara automatik(macam lagu Tokio Hotel) berlaku kekecohan ala-ala 'chef terlampau' gitu.Nak nak ada kakak aku sekali.So,hari ni Mony nak bake Famous Amos Cookies then aku pun kenkonon sibuk menolong sebab takde keje.

Biskut Famous Amos ni memang semua orang tahu keenakannya serta harga berpatutannya.Kalau lalu lalang kat depan kedai biskut ni mesti setiap insan akan tergoda dengan bau sedap pembuka selera biskutnya yang sedang dibakar.Kecuali yang menghidap selsema,golongan ni aje yang takde feelings langsung.Sekarang aku nak kongsi resepi biskut ni yang aku canang melalui proses curi resipi orang kat internet lepastu upgrade sikit dengan idea sendiri lalu dicampur dengan citarasa pung pang pung pang.Kesemua tu seraya digabungkan menjadi satu lalu terjadilah resipi seperti di bawah.


Sepatutnya aku guna DSLR untuk photoshoot biskut ni tapi oleh kerana aku malas nak pergi menggapainya di bilik yang hanya berjarak 100 inci dari dapur so guna je lah kamera handphone murah aku dan menyebabkan keadaan biskut yang punya sedap mak aihhh ni dah macam rupa masak lodeh je.Ni Abang Long kitorang yang cakap.Hade ke patut beliau buat perumpamaan sebegitu.Err,at least janganlah kejam sangat nak bagi opinion pun.Bhahaha.Well,panjang gila aku membebel.Korang pun rasa macam nak hulur kapak je kat penulis blog ni,kan?Yeah,ikkosohhh!♪(┌・。・)┌


Resipi Handmade Biskut Famous Amos

Bahan-bahan A (digaul sebati guna whisk):
1/4 cawan Gula kastor
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan Mentega
1/2 cawan Minyak Jagung
1 biji telur
1/2 sudu esen vanilla
1/2 sudu susu segar (susu tepung pun boleh)
sedikit garam

Bahan-bahan B (di ayak):
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk koko
1/2 sudu serbuk krim Tartar
1/2 sudu serbuk soda bikarbonat

Bahan C:
1/2 cawan kekacang dicincang kecil-kecil (peanut,badam,gajus,pistachio dsb ikut suka)
1/2 cawan coklat chips


Cara Membuatnya (gaya ala-ala Chef Wan tau #trollololol):
1.Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan B yang telah di ayak ke dalam adunan bahan-bahan A yang      telah dicampur dan digaul tadi.
2.Gaul adunan menggunakan spatula,senduk dsb ikut suka.
3.Masukkan bahan C
4.Gaul sebati (sampai jadi adunan macam dalam gambar di bawah)


5.Sudukan adunan dalam saiz yang agak kecil dan susun atas loyang pembakar.Jarakkan susunan setiap          adunan supaya masing-masing tak termelekat ketika mengembang apabila dibakar.

Hambik kau...banyak giler sudu.Ahaha,semangat betul!


6.Sementara susun adunan tadi tu atas dulang pembakar,panaskan dulu oven.
7.Then,bakar pada suhu 200 ⁰C selama 10-15 minit.Tak pun,150 ⁰C selama 15-20 minit boleh jugak.
8.Dah siap bakar,angkat lalu sejukkan terlebih dahulu biskut-biskut tersebut.
9.Hidangkan atau susun elok-elok dalam bekas atau balang or whatsoever.

10.Makan time!Bismillahirahmanirahim...


See,simple je kan?Well,banner Famous Amos tu propa je.Tapi,tu bukan banner tau but beg kertas.
Coincidence,terjumpa somewhere dalam rumah ni and then aku pun rembat je lah guna sebagai props untuk photoshoot.Ah,poyo nya!Benci,benci,benci *tampar dinding*

Tips:
a)Kepada yang tak suka manis,boleh kurangkan sukatan gula kastor serta gula perang dan kadar pengurangan ikut suka.
b)Masukkan dulu adunan yang sudah sebati ke dalam peti sejuk selama 1 jam or approximately sebelum disusun dalam loyang dan dibakar untuk bagi bentuk biskut lebih kemas.



Best sangat baking cookies ni.Kalau ada masa lapang,elok try.Senang je nak buat dia.Tempoh pun tak lama sangat.Well said,selamat mencuba!>_<