Thursday 30 January 2014

Cara mudah download Movie シ

Assalamualaikum W.B.T
Happy CNY everyone!Yesterday,aku dan kakak makan angin kat Times Square.Lol,propa gila ayat makan angin tu.
Kakak aku nak cari baju,so aku pun menggeletis ikut supaya dapat keluar berjalan-jalan.Duduk terperap kat rumah je ape kes.Jalan punya jalan,kitorang pun berhentilah kejap kat satu kedai CD yang tengah pasang cerita hantu Hong Kong kat displaying tv.Hmm,apa lagi lah kitorang ni bila ada cerita hantu sikit.Berdiri ala-ala tunggul sambil mulut masing-masing ternganga menghadap TV yang tak berapa nak besar tu.Movie time tak tentu pasal tengah-tengah orang ramai lalu lalang.Oleh sebab malas nak berdiri lama-lama,aku pun suggest idea bernas sambil smirking ala-ala villain kat kakak aku dan cakap,"jom tanya pak cik kedai ni apa tajuk dia,balik nanti...kita downloaddddd!"
Kakak aku pun bersetuju dan kami pun menggeletis masuk ke dalam kedai untuk bertanya pak cik pemilik kedai tu.Nasib baik lah pak cik ni sporting,kalau tak terpaksalah kitorang movie time depan kedai tu lagi sampai citer tersebut habis.Pak cik tu siap hulur bekas CD citer tu lagi kat kitorang.So,aku pun belek-belek kotak CD tu dan set tajuk movie dalam otak.Sampai je rumah,kakak aku terus ingatkan aku yang buat-buat lupa untuk download movie tu.Hewhew~


Haa,ni lah judul movie tu.Rigor Mortis.Cerita ni pasal Chinese vampire.Amboi mentang-mentang sempena Chinese New Year,pakcik-pakcik taukeh kedai CD pakat reramai pasang citer pontianak Cina.trollolol~
Ok,aku rasa tak payah kot aku buat movie review kat sini.Nanti bosan naik menyampah pulak orang-orang yang dah tengok movie ni.Kepada yang belum menonton lagi boleh join aku mendownload.Hahaha.
So,buat sesiapa yang masih still got no idea cara nak download movie ni boleh ikut step-step saranan aku.Actually,aku pun baru faham cara ni setelah memaksa diri untuk memahami satu persatu langkah memuat turun movie dalam masa 15 minit.Ececeh,konon rasa diri dah pro padahal cara nya senang je pun.Cuma malu je nak mengaku yang diri sendiri ketinggalan zaman.

Berikut adalah langkah-langkah nya:

1.Download software iLivid.Run dan install software ni kat pc.

2.Open new tab,taip kickass.to dekat search engine dan click search.Ataupun right-click je sini kickass.to 

3.Dah click link tu,laman web seperti di atas akan keluar.Taip judul movie yang korang nak download kat bahagian search query yang dekat bahagian atas sekali.

4.Contoh,aku search Rigor Mortis.So,nanti akan keluar banyak results.Pilih ikut suka nak download yang mana satu.Then,just click mana yang berkenan.

5.Bila dah click mana-mana satu pilihan tadi,akan keluar macam ni pulak.Sekarang,click DOWNLOAD TORRENT macam yang ada dalam gambar atas ni.

6.Bila dah click,file torrent akan terdownload terus ke pc korang.

7.Sekarang,buka balik file iLivid yang telah korang download dan run tadi.

8."Add Torrents from your PC". (Refer gambar) Click pada bentuk + yang berwarna hijau macam dalam gambar di atas.

9.Then,akan jadi macam ni.So,pilihlah mana-mana file torrents yang korang nak download.

10.Click dekat file tu and then click open.

11.Lastly,pilih lokasi mana korang nak save downloaded movie tu.Click OK dan file tadi akan automatik terdownload dan tersimpan terus kat lokasi yang korang dah pilih tadi.

12.Sekarang,korang boleh buat apa-apa je yang korang suka sementara tunggu movie tadi selamat di download.Dah siap je nanti.....

SELAMAT MENONTON!

p/s:Pastikan tahap kebagusan internet anda merupakan unlimited.Kalau tak unlimited,memang parahlah proses kome nak mendownload movie nih nanti.Maaflah kalau step-step kat atas still buat korang tak faham.Maklumlah,aku bukan budak engine yang kebiasaannya memang pro bab-bab macam ni.Tapi,ni aje lah cara paling senang yang telah aku temui sendiri untuk download movie biarpun dah jutaan manusia sudah sedia maklum mengenainya.

Selamat mencuba!