Friday 21 February 2014

Buat Sendiri Biskut Famous Amos

Assalamualaikum W.B.T semua.

Hari ni,dapur rumah kitorang kecoh semacam.Al-maklumlah dapur tersebut jarang berjumpa dengan aku.Bila aku mula memasuki beliau je secara automatik(macam lagu Tokio Hotel) berlaku kekecohan ala-ala 'chef terlampau' gitu.Nak nak ada kakak aku sekali.So,hari ni Mony nak bake Famous Amos Cookies then aku pun kenkonon sibuk menolong sebab takde keje.

Biskut Famous Amos ni memang semua orang tahu keenakannya serta harga berpatutannya.Kalau lalu lalang kat depan kedai biskut ni mesti setiap insan akan tergoda dengan bau sedap pembuka selera biskutnya yang sedang dibakar.Kecuali yang menghidap selsema,golongan ni aje yang takde feelings langsung.Sekarang aku nak kongsi resepi biskut ni yang aku canang melalui proses curi resipi orang kat internet lepastu upgrade sikit dengan idea sendiri lalu dicampur dengan citarasa pung pang pung pang.Kesemua tu seraya digabungkan menjadi satu lalu terjadilah resipi seperti di bawah.


Sepatutnya aku guna DSLR untuk photoshoot biskut ni tapi oleh kerana aku malas nak pergi menggapainya di bilik yang hanya berjarak 100 inci dari dapur so guna je lah kamera handphone murah aku dan menyebabkan keadaan biskut yang punya sedap mak aihhh ni dah macam rupa masak lodeh je.Ni Abang Long kitorang yang cakap.Hade ke patut beliau buat perumpamaan sebegitu.Err,at least janganlah kejam sangat nak bagi opinion pun.Bhahaha.Well,panjang gila aku membebel.Korang pun rasa macam nak hulur kapak je kat penulis blog ni,kan?Yeah,ikkosohhh!♪(┌・。・)┌


Resipi Handmade Biskut Famous Amos

Bahan-bahan A (digaul sebati guna whisk):
1/4 cawan Gula kastor
1/2 cawan Gula perang
1/2 cawan Mentega
1/2 cawan Minyak Jagung
1 biji telur
1/2 sudu esen vanilla
1/2 sudu susu segar (susu tepung pun boleh)
sedikit garam

Bahan-bahan B (di ayak):
2 cawan tepung gandum
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk koko
1/2 sudu serbuk krim Tartar
1/2 sudu serbuk soda bikarbonat

Bahan C:
1/2 cawan kekacang dicincang kecil-kecil (peanut,badam,gajus,pistachio dsb ikut suka)
1/2 cawan coklat chips


Cara Membuatnya (gaya ala-ala Chef Wan tau #trollololol):
1.Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan B yang telah di ayak ke dalam adunan bahan-bahan A yang      telah dicampur dan digaul tadi.
2.Gaul adunan menggunakan spatula,senduk dsb ikut suka.
3.Masukkan bahan C
4.Gaul sebati (sampai jadi adunan macam dalam gambar di bawah)


5.Sudukan adunan dalam saiz yang agak kecil dan susun atas loyang pembakar.Jarakkan susunan setiap          adunan supaya masing-masing tak termelekat ketika mengembang apabila dibakar.

Hambik kau...banyak giler sudu.Ahaha,semangat betul!


6.Sementara susun adunan tadi tu atas dulang pembakar,panaskan dulu oven.
7.Then,bakar pada suhu 200 ⁰C selama 10-15 minit.Tak pun,150 ⁰C selama 15-20 minit boleh jugak.
8.Dah siap bakar,angkat lalu sejukkan terlebih dahulu biskut-biskut tersebut.
9.Hidangkan atau susun elok-elok dalam bekas atau balang or whatsoever.

10.Makan time!Bismillahirahmanirahim...


See,simple je kan?Well,banner Famous Amos tu propa je.Tapi,tu bukan banner tau but beg kertas.
Coincidence,terjumpa somewhere dalam rumah ni and then aku pun rembat je lah guna sebagai props untuk photoshoot.Ah,poyo nya!Benci,benci,benci *tampar dinding*

Tips:
a)Kepada yang tak suka manis,boleh kurangkan sukatan gula kastor serta gula perang dan kadar pengurangan ikut suka.
b)Masukkan dulu adunan yang sudah sebati ke dalam peti sejuk selama 1 jam or approximately sebelum disusun dalam loyang dan dibakar untuk bagi bentuk biskut lebih kemas.



Best sangat baking cookies ni.Kalau ada masa lapang,elok try.Senang je nak buat dia.Tempoh pun tak lama sangat.Well said,selamat mencuba!>_<