Tuesday 6 May 2014

Interview for School of Nursing,UM :-D

Assalamualaikum w.b.t !
Yo yo whaddup semua!Cettt,tetiba berapper ni dah kenaperrr an...?Baiklah,tanpa mengeruhkan lagi keadaan penulisan blog ini,just lemme straight to the point kayyy!

Imma so happy when I got the invitation for UMMC nursing interview.Such a good news for me.Malam sebelum i.v ,tiba-tiba plak I got insomnia (padahal hari2 mata buat hal macam ni).
Haha,memang tak boleh tidur lah wa cakap lu.Jantung ni asyik berlagu "dugeun dugeun" je.Pukul 2.30 pagi baru terlelap.Yeahhh,one reasons why I don't actually like interview day.It helps to increase my adrenaline level...=_=

So hari ni,paksa jugak diri bangun pagi-pagi biarpun still hangover akibat insomnia semalam.Thanks to my alarm yang aku bagi nama "Bangunlah Cibai!" sebab tak berbunyi.Memang nak kena pelempang buaya betul!

Lepas dah bersiap semua,keluar dari rumah dan bergerak ke KTM Kepong.Kak Nora merajinkan dirinya drive kereta untuk menghantar I.Tapi takat kat stesen KTM Kepong je lah.Then,catch up train sorang-sorang ke KL Sentral.Aku dah 2 tahun tak naek KTM ni so berlakulah kejadian yang agak memalukan di stesen tersebut.
Aku telah blurrr macam mana nak berlepas dari gate yang perlu dilalui.Ingat kene masuk kad ke hape rupanya terus je jalan.Ok sangat memalukan you know sebab ramai giwler orang disekeliling membuatkan aku rase nak terjun je ke atas landasan dan tunggu sampai train datang langgar aku selepas berjaya melepaskan diri dari gate yang tak berfungsi itu(aku perasan gate tu takde lampu tapi memilih untuk membodowwwkan diri).


Macam biasa,pagi-pagi train memang penuh,sesak,nasik impit,tong sardin dan sewaktu dengannya.Heheh,merasalah jugak jadi rakyat marhaen hari ni(dah lama asyik terperap kat rumah jek).Then,aku bayangkan DS Najib serta DS Rosmah naek train dengan kitorang ni semua.Ok,kenapa harus ada statement ala-ala berbaur politik neyhhh...~

Sampai je kat KL Sentral,aku terus jalan dan berjalan mencari si Abang Long.Sebagai seorang abang yang bertanggungjawab,Abang Long I menyanggupkan dirinya untuk jadi bodyguard I hari ni.HIHI,for free okay!Ko hadooo?*lempang*
Sepatutnya,Mony yang temankan aku tapi dia pergi Terengganu,temankan abang sayang beliau.A very wrong time for me...*nanges*

Then,me and my bodyguard(ececeh terus tukar abg long jd bodyguard) catch up LRT ke stesen Kerinchi pulak.Sampai-sampai je tengok bangunan Wisma R&D terpacak je sebelah stesen tu.Bangunan dia tinggi lah jugak tapi tak tinggi sangat.Sebelah dia Restoran Nabila.K,sejak bila aku bukak restoran pun aku tak tahu.*perasan*

Mula-mula masuk,terus pergi tick attendance.Lepastu,pergi ukur tinggi dan timbang berat.Time ni aku rasa macam nak mencarut je lepas ketinggian aku diukur.Ape pasal tinggi aku jadi berkurang?Menyirap darah aku wuit!Tapi,aku senyum je lahhh.Dalam hati istighfar bebanyak.Then,berat aku...asal macam bertambah pulakkk ni???Memang hell giler aku rasa.Malang betul jadi orang yang berat tulang ni(malu nak mengaku gemokkk sebenarnya)


Lepas dah siap semua tu,pergi pulak ambik ukuran saiz baju uniform.Dengan gangster,aku terus mintak kat senior yang jaga stok baju tu saiz XL.Ok,aku sedar diri aku gemok macam badak sumbu.Sekali pakai,tetiba aku rasa macam tenggelam je dalam baju tu.Ehhh,aku dah kurus ke?Omaigawddd!I can't believe it! *lempang*
Pastu senior tu cakap,dik besar sangat ni try M or L.Pastu aku terus mintak saiz L.Aku memang taknak sendat-sendat or ikut saiz sangat better pilih yang besar dan longgar.Senior tu cakap saiz L tu besar kat aku then aku pertahankan pendirian aku yang nak baju longgar dan labuh.Akhirnya beliau memahami walaupun sedikit pelik dengan budak ini yang perangai macam **censored!...~

Done with all of that,pergi naek tingkat atas untuk interview.Waktu ni lah rama-rama di dalam perut masing-masing mula memboyak.
Aku tak tau interview ni dijalankan macam mana sebenarnya.Tapi untuk tahun 2014 ni,interview dijalankan ke atas 6 orang sekaligus.Bukan sorang-sorang.Interviewer 2 orang.Aku dapat Bilik 2 dan aku dapat interviewer yang baik-baik(eleh,ko tak tau lagi yang bilik laen caner pulak).

Soalan yang diajukan pun okay-okay je.Tak susah pun.Ade jugak yang aku lupa jawapan untuk beberapa soalan then bila aku dengar interviewee laen jawab dulu,aku dah boleh ingat sikit-sikit dan goreng jawapan.Ini satu kelebihan group interview.Bayangkan kalau dirimu kena interview sorang-sorang then dirimu tertiberrr lupa.So,memang eden tak dapek nak tolong.

Yang interview ni aku bersyukur sangat sebab aku tak nervous sangat walaupun masa perkenalkan diri aku terdiam kat ayat ke berapa ntah.Biasalah,aku tak suka kenalkan diri kat orang.Demi interview je aku buat tau.Ecehhh je...*kisah pulak orang laen nak tau fakta ko ni,Bella*

Sedikit tips from meyhhh,just relax yourself.Jawab soalan yang diajukan dengan hati yang tenang,ikhlas dan jujur.Kalau rasa gelabah jugak,bayangkan yang i.v ni korang just tengah sesembang dengan kawan2 je.Selawat bebanyak.InsyaAllah,harap-harap boleh membantu ok!

Paling penting,dalam group interview jangan melebih-lebih dan bertindak seolah-olah anda ingin overshadow candidates yang laen.Sangatlah tidak bagus tindakan tersebut.Just bersederhana je sebab peluang tetap sama untuk korang semua jawab soalan yang diajukan.Tapi,kenalah bagi jawapan yang meyakinkan.No err , err , err taww!

Tamat sesi interview dan sebelum excited nak balik,submit salinan sijil dan anything yang berkaitan.Aku noticed sijil aku macam sikit je mase submit tadi(rasanya aku submit sijil SPM je kot.Ayok!).96-liner yang laen punyelah tebal diorang punya sijil.Hmmm...*risau*
And,I still risauuu.Tapi,orang cakap selalunya result interview majorly depends kat interview and from your exam result.Orang cakap tau,not me.*mungkin aku bukan orang kot.LOL*


Ape-apepun semua tu dah berlalu.Sekarang tinggal tawakkal lillahi . 
Sekarang ni aku depend 100% kat result i.v ppum ni untuk sambung course nursing.Memang rasa nak menangis je bila mengenangkan 2 tahun yang precious ni ditunggu untuk sambung belajar.Time2 menunggu tu just jadi maid.Maid ok!*tetiba sedih dengan takdir sendiri*TSK TSK.
Dan betul-betul menangis bila call mama then kena maki sebab my mum thought that I got i.v for other course instead of nursing...*propa je nangis*
So,aku terfikir apa yang aku bagitahu kat my mum selama ini umpama masuk telinga kiri,keluar telinga kanan ke atau aku memang tak bagitahu apa-apa?Dan secara tiba-tiba aku tertanya-tanya kenapa diri aku ni macam sengal giler...-__-

It's okay,I took it as challenge.No threat.

Rasanya aku paling tua kot dalam kalangan reramai tu tadi.Hey,adik-adik!You will got Kak Long a.k.a Kakak Kawasan nanti Insya-Allah.


Let's pray harder,my suppah duppah juniors!>__<

No comments:

Post a Comment